Aktiviti

Wanita KeADILan Seri Menanti anjur kelas masakan

SERI MENANTI: Wanita KeADILan Seri Menanti dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti telah menganjurkan program Kelas Masakan Membuat Apam Daun Rambai dan Pizza.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, pemyertaan dari golongan wanita DUN Seri Menanti sangat menggalakkan.

“Saya telah menyumbang bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih dan pizza ini.

“Diharapkan wanita Seri Menanti mendapat manfaat daripada kelas masakan ini dan seterusnya menceburi bidang pembuatan kuih dan pizza ini tujuan perniagaan dan menjana pendapatan.

“Terima Kasih kepada Puan Juriah sebagai tenaga pengajar, yang juga merupakan Ketua Wanita DUN Seri Menanti,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button