Berita

Wanita Sri Menanti diperkasa dengan ilmu selenggara kereta dan jana pendapatan

Kursus selenggara kereta dan bengkel melukis inai

SRI MENANTI: Dalam usaha memperkasakan golongan wanita di DUN Sri Menanti, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dan Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti telah menganjurkan ‘Kursus Asas Pengetahuan dan Penyelenggaraan Kenderaan’ dan ‘Bengkel Melukis Inai di Tangan dan Kaki’.

Kursus dan bengkel yang dianjurkan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti (Balairaya Muhibbah Tanjung Ipoh), turut mendapat kerjasama Pertubuhan Citra Insaniah Tanah
Air dan Persatuan Harapan Persekitaran Hijau Negeri Sembilan.

Seramai 30 orang peserta terlibat dalam bengkel melukis inai di tangan dan kaki, manakala seramai 20 orang peserta pula menghadiri kursus penyelenggaraan kereta yang telah berjalan serentak.

“Alhamdulillah, program dan bengkel berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Bengkel melukis inai adalah satu program yang boleh menjana pendapatan.

“Kebanyakkan wanita di kampung tiada peluang untuk mempelajari teknik tersebut kerana yuran yang agak mahal untuk mempelajari kemahirannya.

“Alhamdulillah, inisiatif PH GEM telah pun membuka ruang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan dengan mempelajarinya secara percuma. Sijil juga ditawarkan,” kata Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Shahran berkata, tujuan kursus penyelenggaraan kereta pula kepada wanita khususnya untuk mempelajari cara atau teknik untuk menyelenggara kenderaan sendiri.

“Kursus ini sedikit sebanyak memberi ilmu yang amat bermanfaat dan boleh dipratikkan dalam penjagaan kereta.

“Saya amat berpuashati dengan program yang telah dianjurkan.

“Semoga lebih banyak program dianjurkan oleh PH GEM pada masa akan datang bagi menarik minat wanita khususnya,” ujar Shahran.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Puan Nicole Tan dalam ucapan persmian penutup menyarankan lebih ramai wanita menyertai program yang akan dianjurkan oleh PH GEM kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan, mendapat ilmu dan mempelajari kemahiran yang berguna.

Turut hadir Ketua Penyelia PH GEM, Puan B.Navamalar dan Penyelia PH GEM Kuala Pilah, Puan Azlina Zamli.

Foto: Liza

Show More

Related Articles

Back to top button