Aktiviti

Warga emas dan ibu tunggal disantuni Rahman

SERTING: Keperitan menempuh kehidupan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dirasai hampir setiap lapisan masyarakat. Hal ini turut dirasai oleh golongan warga emas dan ibu tunggal yang masih terpaksa menyara ahli keluarga mereka.

Menyedari hal ini, Pegawai Penyelaras DUN Serting, Abdul Rahman Ramli telah mengambil inisiatif mengedarkan bekalan makanan asas kepada 15 individu terdiri dari golongan warga emas dan ibu tunggal di Kampung Bukit Laka dekat sini petang kelmarin.

“Saya menyerahkan bekalan makanan yang bernilai kira-kira RM100 setiap satu set,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman turut menziarahi lapan keluarga di Kampung Jawa Serting Tengah yang turut terjejas dengan PKP. Beliau menyerahkan barangan keperluan asas kepada keluarga berkenaan.

Dalam program penyerahan ini, Pengerusi MPKK Kampung Jawa Serting Tengah, Encik Salehudin menegaskan, program bantuan yang dijalankan oleh Pejabat Penyelaras DUN Serting adalah bersifat menyeluruh tanpa mengambil kira perbezaan politik penduduk kampung.

Sementara itu, Abdul Rahman mengingatkan penduduk kampung agar meningkat kesatuan sesama mereka bagi melahirkan kesejahteraan kepada seluruh penduduk kampung.

Show More

Related Articles

Back to top button