Berita

Warga emas keuzuran dapat sumbangan kerusi roda dan lampin pakai buang

LINGGI: Warga emas yang keuzuran sentiasa mendapat perhatian Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, beliau sentiasa menghulurkan pelbagai jenis bantuan mengikut keperluan kepada golongan warga emas di DUN Linggi.

“Kelmarin saya telah menyerahkan sebuah kerusi roda kepada Puan Achie Bujang, 79, di Kampung Sungai Sekawang.

“Seterusnya saya telah menyantuni enam warga emas dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di Kampung Telok Pelandok.

“Saya menyerahkan lampin pakai buang kepada Puan Sapiah Dalil, 88; Puan Zaitun Katimin, 67; Encik Said Dawam, 86; Encik Jasmi Yusak, 58; Encik Junaidi Abd Ghani, 62; Encik Mohamed Ali Mohd Sultan, 66, dan Cik Zuhana Yusof, 40,” katanya.

Rusli berkata, bantuan lampin pakai buang ini akan diberikan secara berkala setiap bulan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi MPKK Kampung Sungai Sekawang, Encik Hairilzaman Azali dan Pengerusi MPKK Kampung Telok Pelandok, Encik Ibrahim A.Karim.

“Semoga bantuan ini dapat memudahkan urusan harian setiap keluarga penerima,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button