Aktiviti

Warga emas muallaf disantuni Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Seorang warga emas, Muhammad Salman Sanasi Abdullah yang keuzuran mendapat perhatian ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Muhammad Salman dari Taman Tuanku Ampuan Najihah menerima sumbangan barangan keperluan dapur dari Gunasekaren. Mewakili Muhammad Salman yang sakit terlantar, sumbangan diterima oleh menantunya.

Gunasekaren turut menziarahi seorang pesakit minor stroke dan kencing manis, Thangavellu. dari Taman Sri Mawar.

“Saya telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur dan susu tepung diabetik kepada Thangavellu.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mereka,” katanya.

Gunasekaren juga berkesempatan menyampaikan sumbangan makanan asas kepada sebuah keluarga di Taman Tuanku Ampuan Najihah yang dikuarantin akibat pandemik Covid-19.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

 

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button