Berita

Warga emas, rumahnya hangus terbakar dapat perhatian Abd Latif

GEMENCHEH: Nasib seorang warga emas, Harun Aman, 78, yang rumahnya hangus terbakar di Kampung Baru Sungai Kepong, mendapat perhatian Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A.Tambi.

Menurut Abd Latif, kejadian berlaku lebih kurang jam 11.30 malam kelmarin yang disedari jiran tertangga.

“Lebih kurang pukul 11.45 malam, pasukan bomba tiba untuk memadamkan api.

“Saya simpati dengan kejadian yang menimpa Harun dan keluarganya ini.

“Mujur kebakaran ini tidak meragut nyawa. Kejadian ini masih dalam siasatan pihak bomba,” jelas Abd Latif.

Abd Latif menyerahkan sumbangan kewangan dan barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, sardin, biskut, tepung dan gula.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung Harun dan keluarganya.

“Saya juga akan berusaha mendapatkan sebuah rumah bantuan mesra rakyat untuk Harun,” kata Abd Latif.

 

Show More

Related Articles

Back to top button