Berita

Warga emas sakit saraf kaki terima kerusi roda dari Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas, Puan Asmah Yun Tiap, 64, di Kampung Sungai Jernih.

“Puan Asmah mengalami masalah saraf kaki atau sakit kaki. Ada masanya kaki beliau akan bengkak dan ini akan menyukarkan pergerakan beliau.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini membantu pergerakan beliau di dalam rumah,” ujar Abd Latif.

Sementara itu, Abd Latif turut berkesempatan menziarahi Saudara Nor Zamri Pie, 61, yang sakit tua dan keuzuran di kampung yang sama.

“Saya menghulurkan sumbangan barangan makanan asas bagi meringankan beban keluarga yang menjaga beliau.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Sungai Jernih, Encik Bakar dan Setiausaha MPKK Kampung Sungai Jernih, Cik Ain.

Show More

Related Articles

Back to top button