Berita

Warga emas sakit saraf terima sumbangan kerusi roda dari Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit saraf, Encik Abdul Aziz Ishak, 67 tahun.

“Encik Abdul Aziz menghidapi penyakit saraf dan asma sejak dua tahun yang lalu yang menyebabkan beliau sukar untuk bergerak.

“Beliau memerlukan bantuan ahli keluarga untuk bergerak di dalam rumah dan di luar rumah.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat membantu pergerakan harian beliau,” ujar Abdul Rahman.

Abdul Aziz tinggal bersama isterinya, Puan Rohani Abu Bakar, 65, dengan seorang anak orang kurang upaya, Encik Muhammad Rony Shahdan, 38, di Felda Raja Alias 1.

Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Show More

Related Articles

Back to top button