Berita

Warga emas terima bantuan kerusi roda dan tongkat empat kaki

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyerahkan sumbangan kerusi roda dan tongkat empat kaki kepada tiga warga emas yang memerlukan.

“Puan Koh Shoon Tuan, 89, dari Pasir Panjang terlalu uzur dan tidak mampu untuk berjalan. Encik Madon Bachik, 79, dari Kampung Tanjung Agas pula menghidapi penyakit saraf.

“Saya telah menyerahkan kerusi kerusi roda dan lampin pakai buang kepada kedua warga emas ini.

“Seorang lagi warga emas yang mengalami sakit tua dan tidak mampu untuk bergerak iaitu Encik Ali Ghaus, 83, dari Kampung Telok menerima tongkat empat kaki.

“Semoga bantuan kerusi roda dan tongkat empat kaki ini memudahkan pergerakan harian penerima,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button