Berita
Warga emas terima kerusi roda daripada Musliadi


JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah memberikan sumbangan kerusi roda kepada Puan Zalliah Bahrom di Bukit Rokan Barat.
Musliadi berkata, Puan Zalliah telah memaklumkan bahawa beliau memerlukan kerusi roda.
“Oleh itu, hari ini saya telah datang ke rumah beliau untuk memberikannya.
“Semoga dengan adanya kerusi roda ini dapat memudahkan urusan pergerakan beliau,” kata Musliadi.