Berita

Warga emas uzur dapat perhatian Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli memberikan sumbangan lampin pakai buang dan tilam kesihatan (Bio Mattress) kepada seorang warga emas yang keuzuran, Puan Enah Dahan, 89 tahun.

Puan Enah tinggal bersama dengan anaknya Puan Ramlah Yaakub, 66, di Kampung Serting Hilir.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini,” kata Abdul Rahman.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi MPKK Kampung Serting Hilir, Encik Othman Ahmad.

Puan Ramlah mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Show More

Related Articles

Back to top button