Berita

Negeri Sembilan Bike Week terima sambutan

SEREMBAN: Program Negeri Sembilan Bike Week telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia.

Exco Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, program ini merupakan kali pertama diadakan di D’Tempat Country Club, Sendayan.

“Ramai pengunjung yang hadir dengan pelbagai jenis motosikal dapat disaksikan.

“Program seperti ini juga mampu mendidik golongan belia aktiviti sihat yang boleh dilakukan dalam sukan permotoran.

“Besar harapan saya supaya akan lahir belia Negeri Sembilan yang mampu mengharumkan nama negeri ini di persada antarabangsa dalam sukan permotoran.

“Kerajaan Negeri juga akan terus menyokong aktiviti yang melibatkan sukan permotoran bagi memastikan minat dan hobi golongan belia ini tidak dipandang serong oleh masyarakat,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button