Aktiviti

Warga emas uzur terima kerusi roda dari Nasarudin

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim telah menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada seorang warga emas, Encik Hamid Naemat, 88, di Kampung Rendah, Rembau.

“Hamid menghidapi sakit kulit, kencing manis dan tidak mampu untuk berdiri lama.Manakala isteri beliau, Puan Hazizah, 78, pula mengalami strok dan terlantar di katil.

“Hamid dan Hazizah kini dijaga oleh anaknya Puan Noor Siti Aishah.

“Saya berharap sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan urusan penjagaan Hamid. Saya juga menyumbang lampin pakai buang kepada Hamid dan Hazizah,” kata Nasarudin.

Show More

Related Articles

Back to top button