Berita

Waris pesakit kanser terima sumbangan kewangan dari Malek

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Abdul Malek Alias menyampaikan sumbangan kewangan kepada Puan Nurliyana yang merupakan isteri kepada Allahyarham Afzan Mustafa.

“Allahyarham Afzan dari Felda Kepis menghidapi penyakit kanser pundi kencing tahap empat.

“Beliau terlantar sakit di rumah sejak sebulan yang lalu dan meninggal dunia pada 12 Disember lalu.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh waris,” ujar Abdul Malek.

Turut hadir, Ketua Peneroka, Encik Abdullah Baharom dan sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Senaling, Encik Abdul Aziz.

Show More

Related Articles

Back to top button