BeritaKolumnis

Yang tak dijanji pun Aminuddin dan PH nak buat juga

FAIZ ABDULLAH

SIRI 2

ANALISA: Pencapaian YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melaksana 70 peratus daripada 71 Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dianggap luar biasa kerana tempoh penggal pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan belum pun sampai 50 peratus (tempoh maksima 5 tahun).

Hasrat Dato’ Seri Aminuddin bersama Exco Kerajaan Negeri, ADUN PH, pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk melestarikan ekonomi dan mensejahterakan rakyat Negeri Sembilan, dijelmakan dengan memperkenalkan pelbagai lagi inisiatif dan insentif tambahan yang tidak terdapat dalam Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan PRU-14.

Senarai insentif dan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk memperkayakan hasil dan memakmurkan kekayaan negeri memang banyak dan panjang. Penulis menyingkap kembali sebahagian daripada pencapaian tersebut sempena ulang tahun kedua pemerintahan Pakatan Harapan Negeri Sembilan:

  • Bantuan sara hidup mahasiswa berjumlah RM100 setiap bulan bagi semua mahasiswa anak Negeri Sembilan yang tergolong dalam kumpulan B40 di semua universiti awam dan politeknik di seluruh Malaysia.
  • Bantuan Am Bulanan kepada OKU – RM140 sebulan dinaikkan menjadi RM200 sebulan.
  • Bantuan persekolahan one-off anak FELDA – RM100 seorang.
  • Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak (1) bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
  • Kenaikan Elaun Pengerusi MPKK RM400 dan Setiausaha MPKK RM100 dengan peruntukkan RM2.62 juta.
  • Akaun Amanah Penyelenggaraan Sekolah dengan peruntukkan RM1.0 juta.
  • Penyelesaian projek perumahan Taman Perpaduan Heights di Kuala Pilah yang terbengkalai sejak tahun 2002.
  • Kerajaan Negeri telah bersetuju meluluskan sebidang tanah berkeluasan 32.84 ekar di Mukim Ulu Muar, Kuala Pilah dan akan menampung kos penyediaan kemudahan infrastruktur tapak baharu sebanyak RM5.50 juta.

  • Bantuan pembelian alatan sokongan orthopedic implant seperti anterior cervical, axial screw, bone screw, bone plate kepada pesakit yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.
  • Food Bank dengan peruntukkan RM0.10 juta bagi tujuan penyediaan makanan dan keperluan asas untuk golongan gelandangan.
  • Tabung Belia Harapan (TABAH) dengan peruntukkan RM0.10 juta bagi menjayakan Program Pembangunan Sumber Daya Insan.
  • Kerajaan Negeri mencarum RM5 ringgit sebulan kepada seramai lebih kurang 8,500 orang suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih. Peruntukkan RM0.51 juta.

Sukacita penulis ingin berkongsi satu lagi pencapaian terbaik Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ialah hasil pendapatan pada tahun 2019 mencecah RM556.44 juta. Suatu angka tertinggi yang merupakan sejarah dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Mengamalkan prinsip ‘hasil yang dikutip dari rakyat, dipulangkan semula kepada rakyat’ oleh Dato’ Seri Aminuddin, ini lah sebahagian daripada pencapaian beliau dan pasukan beliau selama 24 bulan menerajui Kerajaan Negeri Sembilan.

Tawaran yang tidak pernah dijanjikan oleh Pakatan Harapan pada PRU-14 pun, dilaksanakan juga oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Aminuddin.

Penulis yakin lebih banyak kejayaan akan dicipta oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri dalam tempoh baki tiga tahun lagi sebelum PRU-15.

Pencapaian-pencapaian yang dinyatakan dalam dua siri analisa ini seharusnya menjadi indikasi awal untuk memberi keyakinan kepada rakyat agar terus menyokong dan memilih Kerajaan Pakatan Harapan pada PRU-15 nanti.

Show More

Related Articles

Back to top button