Aktiviti

Yek Diew mahu bantu 20 warga emas dapatkan lesen motosikal

Jelajah Konvoi Motorsikal Hari Malaysia DUN Chuah pupuk perpaduan

CHUAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, YB Yek Diew Ching akan membantu 20 warga emas dari DUN Chuah untuk mendapatkan lesen motosikal (Kelas B2).

Menurut Yek Diew, ramai penduduk di DUN Chuah didapati tidak mempunyai lesen motosikal.

“Oleh itu, mereka tidak dapat mengambil bahagian dalam Jelajah Konvoi Motosikal Hari Malaysia DUN Chuah kali ini.

“Saya akan menerima 20 permohonan yang memerlukan bantuan bayaran yuran untuk mendapatkan lesen motosikal.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Chuah akan membantu menanggung sebahagian yuran untuk mendapatkan lesen Kelas B2 motosikal,” kata Yek Diew.

Jelajah Konvoi Motorsikal Hari Malaysia DUN Chuah

Yek Diew berkata demikian selepas berakhirnya Jelajah Konvoi Motosikal Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Chuah yang disertai oleh penduduk tempatan sempena sambutan Hari Malaysia 2020. Sebuah kelab motosikal superbike, Heaven Respect Brotherhood Motorcycle Club turut diundang menyertai konvoi ini.

Konvoi bertolak dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Chuah, melalui Kampung India, Kampung Baru Sungai Nipah, Kampung Chuah, Kampung Baru Tanah Merah Site C, Ladang Tanah Merah, Kampung Pachitan, Kampung Sawah, Kampung Jawa, Kampung Cina, Kampung Baru Tanah Merah Site A dan balik semula ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Chuah.

Pertandingan perhiasan motosikal Hari Malaysia dan cabutan bertuah turut diadakan.

“Hari Malaysia adalah hari Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya dan terbentuknya Malaysia.

“Kita di Malaysia, rakyat berbilang kaum dan perbezaan itu satu keistimewaan dan keunikan kita.

“Isu perkauman yang merosakkan kesejahteraan tidak patut dimainkan, terutamanya oleh ahli-ahli politik.

“Jelajah Konvoi Hari Malaysia ini melibatkan peserta pelbagai kaum dan ianya diadakan supaya dapat memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan,” ujar Yek Diew.

Show More

Related Articles

Back to top button