Berita

YNS hapuskira pinjaman pendidikan Allahyarhamah Nur Syukirah

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama Pengarah Yayasan Negeri Sembilan (YNS) Tuan Mat Ghazali Ab Rakim telah melawat dan menyampaikan salinan sumbangan berjumlah RM500.00 kepada Encik Norzaini yang merupakan waris peminjam.

“Serahan sumbangan diambil kira selepas Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan Bil.152 yang bermesyuarat pada 24 Jun 2020 telah meluluskan hapuskira Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan kepada Allahyarhamah Shah Nur Syukirah Norzaini berjumlah RM8,050

“Diharapkan hapuskira pinjaman pendidikan dan sumbangan kewangan ini dapat meringankan beban Encik Norzaini,” kata Mat Ghazali.

Baru-baru ini Shah Nur Syukirah meninggal dunia akibat komplikasi demam denggi.

Gunasekaren juga turut membantu waris peminjam ini dengan sumbangan kewangan.

Show More

Related Articles

Back to top button