YTM Undang Luak Johol Solat Jumaat di Masjid Palong 4

PALONG: Undang Luak Johol, YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Haji Muhammad Haji Abdullah, telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin Felda Palong 4 tengahari kelmarin.
Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham berkata; YTM Dato’ Undang Luak Johol tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 12.45 tengah hari, dan disambut oleh beliau sendiri serta Pengerusi MPKK Palong 4 dan Pengerusi MPKK Palong 6 bersama pengerusi masjid dan imam.
“YTM Dato’ Undang Luak Johol kemudian menyertai ahli kariah menunaikan Solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Al-Muttaqin, Tuan Haji Abdul Rahman Yunus,” kata Rebin
Selepas solat, YTM Dato’ Undang Luak Johol menjamu selera bersama Penyelaras DUN Palong, pengerusi-pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid sebelum menyampaikan sumbangan kepada asnaf dari Felda Palong 4 dan Felda Palong 5.
“YTM Dato’ Undang Luak Johol turut beramah mesra bersama penduduk setempat sebelum berangkat pulang ke Balai Undang,” ujar Rebin.