Aktiviti

Yus Mazmi: 145 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan Deepavali

PERTANG: Sempena perayaan Deepavali atau ‘Pesta cahaya’ yang disambut penganut Hindu sejak semalam, Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang telah menyumbang barangan keperluan dapur kepada 145 keluarga Hindu kurang berkemampuan di DUN Pertang.

Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada semua penerima yang hadir.

“Walaupun Deepavali pada tahun ini disambut dalam keadaan negara diancam wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKPB, ia tidaklah bermakna Deepavali tidak boleh sambut bersama keluarga terdekat.

“Saya harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini,” kata Yus Mazmi.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Pertang, Cik Coco See bersama setiausahanya dan Pengerusi MPKK Pasoh 4 , Encik Mohd Zin Tahir.

Show More

Related Articles

Back to top button