Aktiviti

Yus Mazmi: 37 anak Pertang terima Bantuan Anak Sekolah

PERTANG: Seramai 37 orang murid yang terpilih dari DUN Pertang menerima Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) sebanyak RM550 setiap seorang dari Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof di Dewan Kampung Melayu Tambahtin.

Bantuan ini telah dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun pada Mac 2019 selaras dengan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga miskin.

“Untuk Fasa 2, setiap pelajar menerima sebanyak RM250 seorang.

“Sebelum ini pada bulan Ogos untuk Fasa 1, kita telah serahkan RM300 seorang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM550 seorang.

“Diharapkan bantuan kos persekolahan ini dapat meringankan beban kewangan ibubapa pelajar dan seterusnya memastikan anak-anak ini hadir ke sekolah,” kata Yus Mazmi.

Turut hadir ialah Pengerusi dan Setiausaha MPKK DUN Pertang, Ketua Balai Polis Pertang, SM Osman Awang; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Petasih, Encik Mohd Sanusi Jamaludin; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Geylang Terusan, Puan Hairiza.

Yus Mazmi turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 20 orang asnaf dari Kampung Melayu Tambahtin dan Kampung Geylang.

Show More

Related Articles

Back to top button