Aktiviti

Yus Mazmi dan PH GEM anjur kursus kemahiran komputer

Kursus Asas Pengenalan Microsoft Word dan Microsoft Office

PERTANG: Kursus Asas Pengenalan Microsoft Office (MS Word dan MS Office) telah diadakan di Pusat Internet Simpang Pertang.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof mengucapkan tahniah kepada peserta yang mengambil peluang keemasan ini untuk menambah ilmu pengetahuan.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sejumlah dana supaya rakyat di Negeri Sembilan dapat menghadiri pelbagai kursus kemahiran, perniagaan dan pendidikan secara percuma.

“Sebenarnya lebih 40 peserta memohon untuk menyertai kursus ini, namun kita terpaksa hadkan kepada 20 peserta yang terawal sahaja kerana kapasiti pusat internet ini hanya boleh menampung 20 pelajar dalam satu-satu masa.

“Insyah Allah pada masa akan datang kita akan anjurkan kursus yang sama untuk mereka yang tidak dapat menyertai kursus kali ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Power House Wanita Gemilang (PH GEM), terutamanya Ketua Penyelia PH GEM, Puan Navamalar Balakrishnan dan Penyelia PH GEM Parlimen Jelebu, Cik Nor Fatihah Mohd Azman; kerana memberi kerjasama yang cukup baik bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar,” kata Yus Mazmi.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Baru Simpang Pertang, Encik Robert Siow Fook Faa; Pengerusi MPKK Felda Pasoh 4, Encik Mohd Zin Mohd Tahir; Pengerusi MPKK Pasoh 1, Encik Wahab Che Mat dan Setiausaha MPKK Kampung Baru Simpang Pertang, Cik See Choo Shin.

Show More

Related Articles

Back to top button