Aktiviti

Yus Mazmi hadir sambutan Maal Hijrah Jelebu

PERTANG: Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof menghadiri jemputan ke majlis sambutan Maal Hijrah 1442H/2020M peringkat daerah Jelebu di Dewan Besar D’Sury, Kuala Klawang yang bertemakan “Ummah Rabbani Negara Harmoni.

Undang Luak Jelebu, Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof Haji Mat Rashad berkenan mencemar Kaus merasmikan majlis sambutan Maal Hijrah tahun ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran penceramah jemputan Ustaz Imam Muda Asyraf.

Turut hadir Yang Amat Mulia Toh Puan Hajah Mahawa Mohd Som,; ADUN Klawang, YB Bakri Sawir; Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Tuan Maslan Udin; Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim A. Aziz dan Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu, Ustaz Alyasak Berhan.

Show More

Related Articles

Back to top button