Aktiviti

Yus Mazmi: Kemudahan infrastruktur asas Pertang sedang dinaik taraf.

PERTANG: Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof berkata, untuk memastikan kemudahan infrastruktur asas di DUN Pertang sentiasa berada dalam keadaan baik; kerja-kerja menaik taraf longkang, sungai dan dewan masyarakat telah dimulakan.

“Kita juga telah memulakan projek membaikpulih rumah penduduk yang kurang berkemampuan di seluruh DUN Pertang.

“30 buah rumah keluarga kurang berkemampuan sedang dinaik taraf.

“Projek pembersihan dan mendalamkan sungai juga masih berjalan sebagai langkah pencegahan untuk menghadapi musim tengkujuh,” kata Yus Mazmi.

Yus Mazmi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Daerah Jelebu (Unit Pembangunan), Majlis Daerah Jelebu, Jabatan Pengairan dan Saliran Jelebu, Jabatan Kerja Raya Jelebu dan seluruh kepimpinan MPKK DUN Pertang.

Show More

Related Articles

Back to top button