Berita

Yus Mazmi: Lokasi potensi banjir akan diselenggara segera

Lawatan kerja Penyelaras DUN Pertang bersama Pegawai Daerah Jelebu

PERTANG: Penyelaras Dun Pertang Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof telah mengadakan lawatan kerja bersama Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim A.Aziz ke lima lokasi potensi banjir jika berlaku hujan lebat di sekitar DUN Pertang.

Yus Mazmi dan Abdul Rahim disambut oleh Ketua Kampung Putra (Kampung Orang Asal Suku Biduanda), Tok Batin Awang dan dibawa terus ke lokasi banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Selepas meninjau keadaan infrastruktur di kampung ini, saya bersetuju longkang utama kampung tersebut perlu diselenggara dengan segera bagi mengelak kejadian banjir berulang.

“Sistem perparitan di seluruh DUN Pertang juga perlu diberi perhatian dan saya berharap Ketua Kampung dan semua Ahli Majlis DUN Pertang perlu peka kepada sistem perparitan kawasan masing-masing supaya kejadian banjir dapat dielakkan.

“Insyaa Allah kerja-kerja penyelenggaraan akan disegerakan demi kesejahteraan penduduk di Kampung Putra,” kata Yus Mazmi.

Yus Mazmi dan Abdul Rahim turut melawat beberapa lokasi potensi banjir di Simpang Pertang, Rumah Murah Rakyat Pertang, Kampung Geylang dan Kampung Kerangai.

Turut serta dalam lawatan tersebut Ahli Jawatankuasa MPKK Felda Pasoh 4, Puan Nurul Huda, Encik Shazwi, Encik Nazri dan Encik Mohd Zin; Bendahari KeADILan Cabang Jelebu, Saudara Mak Sah Isa dan Ahli Jawatankuasa KeADILan Cabang Jelebu, Encik Majid.

 

Show More

Related Articles

Back to top button