Berita

Yus Mazmi: MPKK jambatan kepada rakyat dan Kerajaan Negeri

PERTANG: Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan penting sebagai jambatan di antara penduduk kampung dengan Pusat Khidmat Rakyat DUN, Jabatan serta agensi kerajaan di bawah pimpinan Kerajaan  Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“MPKK perlu proaktif menjadi pemudahcara dalam urusan yang berkaitan dengan penduduk kampung dan Kerajaan Negeri.

“Selain itu menjadi jurucakap menyampaikan maklumat yang tepat berkaitan dasar dan insentif Kerajaan Negeri kepada masyarakat setempat.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua pengerusi dan setiausaha MPKK yang dilantik untuk penggal baru ini.

“Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin,” kata Yus Mazmi.

Yus Mazmi berkata demikian selepas menyampaikan watikah perlantikan Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Pertang bagi penggal 2020-2022, di Dewan D’Sury, Kuala Klawang.

Turut hadir ADUN Chennah, YB Anthony Loke Siew Fook; ADUN Klawang, YB Bakri Sawir dan Pegawai Daerah Jelebu merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim.

 

Show More

Related Articles

Back to top button