Aktiviti

Yus Mazmi: MPKK Kampung Kerangai terima sumbangan meja ping pong

PERTANG: Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof menyumbang sebuah meja ping pong kepada MPKK Kampung Kerangai.

“Sebelum ini MPKK Kampung Kerangai ada memohon kemudahan meja ping pong untuk aktiviti sukan anak muda di Dewan Kampung Kerangai.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak Kampung Kerangai mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti bersukan,” katanya.

Terlebih dahulu Yus Mazmi menziarahi Pengerusi Masjid Kampung Kerangai, Encik Zulkifli@Tengku Khalid Tengku Sabili yang cedera akibat kemalangan motosikal baru-baru ini.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah Pengerusi MPKK Kampung Kerangai, Mohd Thahir Samwil dan Setiausaha MPKK Kampung Kerangai, Zahrul Buyong.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button