Aktiviti

Yus Mazmi: PH GEM curah ilmu percuma dan jana pendapatan wanita

PERTANG: Pejabat Penyelaras DUN Pertang telah mengadakan Program Melukis Inai Di Tangan Dan Kaki dengan kerjasama Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dan Persatuan Harapan Persekitaran Hijau Negeri Sembilan.

Program sehari yang disertai oleh 49 orang peserta itu telah berjalan dengan lancar di Dewan GPW Pasoh 4.

Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof.
Dalam ucapan perasmian, Yus Mazmi mengucapkan tahniah kepada PH GEM, Persatuan Harapan Persekitaran Hijau Negeri Sembilan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Pasoh 4 selaku tuan rumah kerana program di Pertang mendapat sambutan di luar jangkaan.
“Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan rakyat pada era pasca Covid-19.
“Peserta hanya perlu datang kursus secara percuma dan pulang membawa ilmu yang sudah tentu boleh menjana pendapatan yang lumayan untuk keluarga,” katanya.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Pasoh 4, Encik Mohd Zin Mohd Tahir.
Show More

Related Articles

Back to top button