Aktiviti

Yus Mazmi santuni masyarakat India Simpang Pertang

PERTANG: Persatuan Malayali Simpang Pertang dan Kelab Belia Tamil Simpang Pertang berkolaborasi telah menganjurkan satu program dialog dan ramah mesra bersama Penyelaras Dun Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof.

Program ramah mesra bersama masyarakat India DUN Pertang ini dimulakan dengan acara simbolik memasang Jalur Gemilang di kereta sempena bulan kemerdekaan di hadapan Balai Polis Simpang Pertang.

 

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Aminuddin Harun sentiasa cakna dan peduli nasib rakyat tanpa mengira ras kaum, fahaman politik atau agama,” kata Yus Mazmi.

 

 

Yus Mazmi turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 40 orang penerima.

Turut hadir Pengerusi MPKK Simpang Pertang, Encik Robert; Pengerusi MPKK Kampung Kerangai, Encik Tahir Syamwil; Pengerusi MPKK Pasoh 1,Encik Wahab Che Mat; Naib Ketua KeADILan Cabang Jelebu, Puan Azlina Zamli dan Bendahari KeADILan Cabang Jelebu, Saudara Mak Sah Isa.

Yus Mazmi mengucapkan tahniah kepada Saudara Krishnan selaku Pengerusi Persatuan Malayali Simpang Pertang atas kejayaan penganjuran majlis ini.

Show More

Related Articles

Back to top button