Aktiviti

Yus Mazmi santuni Orang Asal Kampung Putra

PERTANG: Pejabat Penyelaras DUN Pertang telah menganjurkan program gotong-royong perdana di Kampung Putra yang merupakan perkampungan Orang Asal.

Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof dalam ucapan perasmian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana memberi kerjasama yang cukup baik untuk menjayakan program ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tok Batin Awang Lijon, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Encik Edy Apoi; Pengerusi-pengerusi MPKK DUN Pertang, Pasukan Pejabat Penyelaras DUN Pertang dan seluruh penduduk Kampung Putra.

Tuan Yus Mazmi juga menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada penduduk kampung.

Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim A. Aziz; Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah, Encik Mohd Fauzi Ali.

Yus Mazmi turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, SWCorp, Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, Unit Farmasi Pertang, JAKOA dan PDRM Jelebu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button