Aktiviti

Yus Mazmi: Status persekolahan Adik Mohd Syafiq akan diberi perhatian sewajarnya

Masalah pendawaian Balairaya Kampung Melayu Tambahtin telah selesai

SIMPANG PERTANG: Ekoran dari aduan MPKK Kampung Petaseh, Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof telah turun padang menziarahi Puan Fatimah Mohd Nor di Kampung Petaseh Hulu.

“Mohd Syafiq cucu kepada Puan Fatimah tidak pernah bersekolah dari awal tempoh persekolahan iaiatu sejak berusia tujuh tahun sehingga kini berumur 13 tahun.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Pertang akan memanjangkan kes ini ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Saya mendoakan semoga segala urusan adik kecil ini dipermudahkan,” kata Yus Mazmi.

Sementara itu, masalah pendawaian elektrik di Balairaya Kampung Melayu Tambahtin telah diselesaikan baru-baru ini.

“Mengambil maklum permasalahan pendawaian elektrik di Balairaya Kampung Melayu Tambahtin; saya telah mengambil tindakan segera dengan membaik pulih masalah pendawaian.elektrik di balairaya yang menjadi tempat penduduk mengadakan pelbagai aktiviti rakyat,” ujar Yus Mazmi.

Show More

Related Articles

Back to top button