Aktiviti

Yus Mazmi sumbang enam kerusi roda kepada warga emas uzur

PERTANG: Pejabat Penyelaras DUN Pertang telah menerima enam permohonan kerusi roda dan lampin pakai buang untuk warga emas yang sakit terlantar dan kurang upaya.

Justeru, Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof telah menziarahi enam warga emas tersebut dari Kampung Kerangai, Felda Pasoh 1 dan Felda Pasoh 4.

“Menyedari keperluan enam warga emas yang mendesak, saya telah menyumbang enam buah kerusi roda dan lampin pakai buang kepada mereka.

“Semoga pemberian ini meringankan beban dan memudahkan pergerakan harian penerima,” kata Yus Mazmi.

Show More

Related Articles

Back to top button