Aktiviti

Yus Mazmi sumbang Smart TV kepada Balai Bomba Simpang Pertang

PERTANG: Pejabat Penyelaras DUN Pertang telah menyumbang satu unit Smart TV kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang.

Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof berkata, sumbangan Smart TV ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pasukan Bomba Simpang Pertang yang sentiasa membantu masyarakat sekitar apabila diperlukan.

“Smart TV ini adalah untuk kegunaan dan kemudahan di Sudut Informasi Balai Bomba.

“Semoga denga kemudahan ini ianya menjadi satu nilai tambah kepada Balai Bomba Simpang Pertang,” kata Yus Mazmi.

Sumbangan Smart TV ini diterima oleh Wakil Ketua Balai Bomba Simpang Pertang, Encik Hamdan Din kamarudin dan Encik Mohd Irwan Hairul Shah Abdul Hamid.

Akhbar Nogori Kito turut diedarkan kepada anggota balai bomba.

Turut hadir ialah Pengerusi MPKK Kampung Baru Simpang Pertang, Encik Siow Fook Fa dan Ahli Jawatankuasa MPKK.

 

Show More

Related Articles

Back to top button