Berita
Yuz Mazmi: Balai Polis Simpang Pertang dan Pertang terima Jalur Gemilang
Sempena Bulan Kemerdekaan bendera kebangsaan diedarkan kepada semua MPKK DUN Pertang

PERTANG: Sempena Bulan Kemerdekaan, Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof mengedarkan bendera kebangsaan kepada semua MPKK di bawah DUN Pertang.
“Tidak lupa anggota keselamatan, saya turut menyerahkan sumbangan bendera Malaysia kepada Balai Polis Simpang Pertang dan Balai Polis Pertang.
“Sumbangan bendera ini adalah salah satu dari kempen yang dilancarkan pada 30 Julai yang lalu oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sempena sambutan Bulan Kemerdekaan .
“Ayuh, marilah kita semua kibarkan Jalur Gemilang di Negeri Sembilan dan naikkan semangat cintakan tanah air kita,” kata Yus Mazmi.