Aktiviti

Zainal cari jalan penyelesaian masalah dihadapi Orang Asal

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir telah mengadakan lawatan ke Perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Sot dan Kampung Sungai Cherbang bersama MPKK Kampung Pekebun Cina Sungai Lui bagi meninjau persekitaran kampung dan berpeluang menyantuni masyarakat Orang Asal di sini.

“Saya telah menziarahi 45 keluarga di kedua-dua perkampungan Orang Asal ini.

“Masih banyak lagi yang perlu dibantu terutamanya banyak lampu jalan kampung yang tidak berfungsi, jalan raya yang rosak dan tiada bekalan elektrik.

“Keadaan rumah yang sangat daif di mana banyak pintu rumah rosak dan bumbung rumah hanya beratap kanvas dan banyak yang bocor.

“Penduduk kampung juga menyatakan mereka juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerana tiada surat daftar perkahwinan dan perlu mendapatkan pengesahan Tok Batin untuk setiap kali urusan mendapatkan rawatan.

“Pejabat Penyelaras DUN Sungai Lui akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang dihadapi¬† oleh masyarakat Orang Asal di sini ,” kata Zainal Fikri.

Zainal turut menyerahkan sumbangan makanan asas kepada penduduk kampung.

Zainal turut merakamkan penghargaan kepada kepada sukarelawan yang turut bersama menjayakan program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button