Aktiviti

Zainal Fikri bantu 84 keluarga di kuarantin Covid-19

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir telah menyampaikan sumbangan barangan makanan asas kepada 163 penduduk DUN Sungai Lui yang menjalani kuarantin Covid-19 di kediaman masing-masing.

Zainal Fikri berkata, 163 individu daripada 84 keluarga ini merupakan kontak rapat dengan 15 individu yang di dapati positif Covid-19.

“Namun, kesemua 163 individu ini telah disahkan negatif pada ujian saringan yang pertama pada 13 Disember lalu.

“Alhamdullillah untuk maklumat terkini, kesemua yang dikuarantin kini bebas dari wabak Covid-19 selepas ujian saringan kedua pada 17 Disember lepas.

“84 keluarga yang menerima bantuan ini dari Felda Lui Timur, Felda Lui Selatan 2 dan Kampung Air Hitam,” katanya.

Turut bersama dalam program ini, Pegawai Daerah Jempol, Tuan Shahrul Nizam; Pegawai Felda Lui Timur, Encik Mohd Shafiq; sukarelawan KeADILan Ranting Felda Lui Timur dan petugas Pejabat Penyelaras DUN Sungai Lui.

Zainal Fikri berkata, pihak pengurusan MPKK Felda Lui Timur tidak dapat menyertai misi ini kerana mereka juga adalah kontak rapat dan sebahagian yang sedang menjalani tempoh kuarantin tersebut.

 

Show More

Related Articles

Back to top button