Berita

Zainal Fikri rancang pembangunan Pertang dengan MPKK

PERTANG: Penyelaras DUN Pertang yang baru, Tuan Zainal Fikri Abdul Kadir telah mengadakan satu mesyuarat dengan ke semua 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) MPKK DUN Pertang.

“Selain sebagai sesi suai kenal, mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan hala tuju kerja dan pembangunan di sini.

“Antara agenda yang dibincangkan adalah penyelarasan tugasan kerja kepada semua AJK MPKK untuk mencapai KPI (Penanda Aras Prestasi Kerja) yang telah ditetapkan.

“MPKK adalah adalah wakil kerajaan yang paling dekat dengan masyarakat dan perlu menjadi mata dan telinga kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat dan mestilah sentiasa berhemah dan harmoni bersama masyarakat,” kata Zainal Fikri.

Zainal Fikri turut menyerahkan sumbangan kewangan kepada semua MPKK untuk kegunaan aktiviti dan gerak kerja setempat.

Untuk rekod 11 MPKK di DUN Pertang ialah MPKK Felda Pasoh 1, MPKK Felda Pasoh 4, MPKK Kampung Felcra Belia Lakai, MPKK Kampung Lakai, MPKK Kampung Jerang, MPKK Kampung Geylang, MPKK Kampung Kerangai, MPKK Kampung Melayu Tambahtin, MPKK Kampung Simpang Pertang, MPKK Kampung Baru Pertang dan MPKK Petaseh.

Show More

Related Articles

Back to top button