Aktiviti

Zainal Fikri santuni ‘frontliners’ di Sungai Lui

SUNGAI LUI: Pengorbanan Barisan Hadapan (frontliners) dalam usaha menangani pandemik Covid-19, mendapat perhatian Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir.

Zainal Fikri, berkesempatan turun padang meninjau operasi sekatan jalanraya di Sungai Lui – Ayer Hitam, Kemayan dan menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk makanan dan minuman kepada petugas frontliners.

“Jasa frontliners sentiasa kita hargai.

“Sumbangan ini bertujuan untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada frontliners yang menjalankan tugas menangani Covid-19.

“Terima kasih kepada Sarjan Mejar Joha dan seluruh warga Balai Polis Sungai Lui yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, demi keselamatan masyarakat DUN Sungai Lui,“ kata Zainal Fikri.

Show More

Related Articles

Back to top button