Aktiviti

Zainal santuni 61 keluarga dikuarantin Covid-19

PERTANG: Terkesan dengan langkah dikuarantin akibat Covid-19, Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abdul Kadir telah menyantuni 61 keluarga di DUN Pertang.

“Lebih kurang 100 orang yang dikuarantin akibat Covid-19 dengan satu rekod kematian di DUN Pertang.

“Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang dikuarantin, saya telah menghulurkan bantuan makanan kepada 61 keluarga ini di Simpang Pertang, Kampung Baru Pertang, Kampung Melayu Tambahtin, Kampung Jerang dan Kampung Felcra Belia Lakai.

“Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan hanya keluar daripada rumah jika perlu. Jaga diri dan sentiasa peka dengan keadaan semasa. Elakkan berada di tempat yang sesak,” nasihat Zainal.

Zainal berkata, bantuan makanan disalurkan mengikut SOP yang ketat.

 

Show More

Related Articles

Back to top button