Berita

“Zaman dia untuk syarikat besar dibenarkan, untuk rakyat ada masalah?”, Aminuddin

Menukar status tanah dari pajakan ke hak milik kekal demi kepentingan rakyat

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat – Pakatan Harapan) berkata, proses penukaran status tanah kediaman dari pajakan 99 tahun (Leasehold) ke hak milik kekal (Freehold), mendapat kebenaran Majlis Tanah Negara (MTN).

“Apa yang penting, ini adalah untuk kepentingan rakyat Negeri Sembilan.

“Tak ada masalah (Rantau) tulis kepada Majlis Tanah Negara dan Pejabat Peguam Negara, kerana apa yang kita lalukan di peringkat negeri; kita sentiasa rujuk pegawai undang-undang dari semasa ke semasa bagi memastikan proses pertukaran pegangan hak milik ini ikut peraturan yang ditetapkan.

“Sebelum pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini, pada 29 Januari 2018, ada satu permohonan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Perbadanan (MBI) bagi penukaran tempoh pegangan tanah dari pajakan tanah 99 tahun kepada pegangan selama-lamanya di Pekan Paroi Jaya, Mukim Ampangan, Daerah Seremban untuk bangunan kediaman Residensi SIGC.

“Adalah saya dengan hormatnya diarahkan memaklumkan permohonan yang berbahagia dato’ tuan telah diluluskan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.   

“Zaman dia untuk syarikat besar dibenarkan, untuk rakyat ada masalah?,” kata Aminuddin menjawab persoalan YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan (Rantau –  BN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14, kelmarin.

Isu penukaran status tanah kediaman bermula apabila YB Dato’ Ismail Lasim (Juasseh – BN) bertanya jumlah terperinci permohonan yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan negeri bagi penukaran status pegangan tanah daripada pajakan kepada pegangan kekal dan dijawab oleh Aminuddin.

Mohamad mencelah dan berkata, pelaksanaan dasar itu oleh Kerajaan Negeri seperti ‘ada yang tidak betul’ dan bercadang menulis surat kepada Majlis Tanah Negara dan Pejabat Peguam Negara untuk penjelasan.

Show More

Related Articles

Back to top button