Berita

Pendaftaran Baharu/Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2023 bagi membolehkan komuniti Malaysia MADANI yang layak atau masih tiada dalam pengkalan data Kerajaan bagi mengemukakan permohonan masing-masing.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengurangkan golongan tercicir atau exclusion error, dalam usaha kerajaan membela nasib rakyat susah yang memerlukan terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas agar terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Sumbangan Tunai Rahmah 2023 ini juga bakal dimanfaatkan oleh 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8.0 bilion.

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

Sumber: MOF

Grafik: Jabatan Penerangan Malaysia

Show More

Related Articles

Back to top button