Aktiviti

Ziarah Kasih Bakri santuni asnaf Klawang

Program akan diteruskan di kesemua 14 MPKK DUN Klawang

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Bakri telah menyantuni lima keluarga asnaf dan orang kurang upaya (OKU) di Kampung Simpang Gelami.

Program Ziarah Kasih dan Jom Ngeteh Bersama ADUN Klawang ini memberi ruang kepada Bakri mendengar sendiri masalah dari penduduk dan berusaha menyelesaikan permasalahan tersebut melalui jabatan yang berkenaan.

“Sumbangan barangan keperluan dapur tadi, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

“Program sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendekati penduduk dan membantu penduduk kampung menyelesaikan isu-isu yang timbul.

“Program ini akan diteruskan di kesemua 14 MPKK DUN Klawang,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

Show More

Related Articles

Back to top button