Berita

Aminuddin hargai sokongan penjawat awam

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun merakamkan penghargaan kepada penjawat awam yang memberikan sokongan kepada pentadbirannya.

“Walaupun dalam keadaan yang sukar menghadapi pandemik Covid-19, namun kutipan hasil cukai pihak berkuasa tempatan (PBT) cecah hampir 100 peratus di setiap daerah.

“Kutipan hasil cukai pejabat tanah juga meningkat. Tunggakan mampu dikutip.

“Ini bermakna penjawat awam tahu tanggungjawab masing-masing.

“Terima kasih penjawat awam, yang memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.

Penjawat awam bersama Kerajaan Negeri Sembilan

Aminuddin berkata lagi, janganlah kerana seorang dua penjawat awam yang tidak beri sokongan, semua penjawat awam dimarahi dan ia tidak adil.

“Yang bersama dengan kita (Kerajaan Negeri) ramai, yang beri sokongan kepada kita ramai.

“Yang melaksanakan tanggungjawab itu ramai, yang menjalankan inisiatif Kerajaan Negeri ramai.

“Sebab itu pencapaian kita baik, laporan audit pun baik,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian di Ucaptama Seminar Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera di D’Tempat Country Club, Sendayan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button