Aktiviti

Ziarah Kasih DUN Klawang kenal pasti masalah penduduk kampung

KLAWANG: Program Ziarah Kasih dan Jom Mengeteh MPKK DUN Klawang anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang bukan sahaja menyantuni warga yang kurang berkemampuan, tetapi juga mengenal pasti permasalah penduduk kampung setempat.

Program kali ini, ADUN Klawang, YB Bakri Sawir telah menyantuni enam warga emas yang uzur di Kampung Peradong/Pergai.

“Selain bertanya khabar,  saya juga mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh warga emas berkenaan.

“Saya turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur,” kata Bakri.

Selepas menyantuni enam warga emas tersebut, Bakri telah mengadakan sesi mengeteh bersama penduduk Kampung Peradong/Pergai.

“Alhamdullillah, penduduk yang hadir telah mengajukan soalan berkenaan permasalahan yang dihadapi.

“Salah satu isu yang dibangkitkan adalah berkenaan jalan masuk ke kampung yang tidak berturap.

“Saya akan cuba menyelesaikan permasalahan ini,” ujar Bakri.

Setelah selesai sesi mengeteh, Bakri telah menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama penduduk kampung di Masjid Sungai Pah.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Peradong/Pergai, Encik Hasrul Hisham dan beberapa penegrusi MPKK dari DUN Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button