Aktiviti

‘Ziarah Kasih Linggi’ santuni 35 warga emas keuzuran

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyantuni 35 warga emas yang keuzuran di Kampung Linggi.

Rusli berkata, sebanyak 35 pek barangan makanan telah disumbangkan kepada setiap warga emas yang diziarahi.

“Salah seorang warga emas, Pakcik Mustafa Ahmad, 90, bekas imam yang telah berkhidmat paling lama di Masjid Kampung Linggi.

“Beliau mengucapkan terima kasih di atas sumbangan barangan makanan tersebut.

“Kita akan meneruskan Program Ziarah Kasih ini bagi menyantuni warga emas yang memerlukan bantuan, sama ada barangan makanan atau peralatan kesihatan,” jelas Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button