Aktiviti

Ziarah Kasih Mahabbah Gemas: Warga emas disantuni

GEMAS: Menyantuni golongan warga emas merupakan antara program mingguan Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring.

Kali ini ‘Ziarah Kasih Mahabbah Gemas’ diteruskan dengan menyantuni dan menziarahi seorang warga emas Borhanudin Deli yang menyewa sebuah bilik di Kampung Tiong.

Rusnani berkata, Borhanudin menyewa sebuah bilik kecil dengan kadar sewa RM110 sebulan.

Borhanudin hidup sebatang kara dan mempunyai masalah kesihatan yang teruk sehinggakan tidak berkeupayaan untuk menguruskan diri sendiri dan hanya mengharapkan bantuan dan ihsan dari jiran untuk mendapatkan sumber makanan.

“Beliau tidak mampu untuk bekerja bagi menyara diri sendiri.

“Saya telah menyumbang makanan asas seperti bijirin oat, biskut, roti, gula, mee segera dan teh

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung Borhanudin,” kata Rusnani.

Turut menyertai program ziarah ini adalah Pegawai Kebajikan Parlimen Tampin, Encik Ismail Dzulkarnain, Pengerusi MPKK Kampung Tiong, Encik Gobi Narayanan dan kepimpinan MPKK DUN Gemas.

Show More

Related Articles

Back to top button