Aktiviti

Ziarah Kasih Seri Menanti santuni golongan yang memerlukan bantuan

SERI MENANTI: Program ‘Ziarah Kasih’ merupakan aktiviti bulanan Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti, menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat dan sukarelawan pejabatnya menziarahi Encik Malek Yahya yang patah tangan dan terlantar di rumahnya di Kampung Gemetir.

“Saya menasihatkan dibawa segera ke hospital untuk dapatkan rawatan.Saya telah menghubungi dibawa ke Hospital.Saya turut menyumbang wang tunai kepada keluarga beliau,” kata Shahran.

Shahran seterusnya melawat seorang pesakit strok, Puan Faredah Mahmud juga di Kampung Gemetir. Shahran menyumbang susu dan lampin pakai buang.

Destinasi seterusnya di Kampung Bukit Perah di mana Shahran menyantuni Puan Tee Luan yang uzur dan Puan Zainab Jamil yang menghidapi penyakit jantung.

Di Kampung Merual, Shahran menziarahi dua surirumah yang uzur iaitu Puan Puteh Aban dan Puan Imah Idris. Kesemua individu terbabit menerima sumbangan wang tunai dan lampin pakai buang dari Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button