Berita

Individu kurang kemampuan terima sumbangan RM1,000 daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada Encik Batumalai Rajacanno.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi membantu Encik Batumalai menjalani kos perubatan beliau.

“Dalam pada itu, saya juga turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM300 kepada Encik Puvendran.

“Hal ini bagi membantu beliau menjelaskan tunggakan bil elektrik kerana telah menerima notis pemotongan meter.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mereka,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button