Berita

Ziarah Ukhwah DUN Gemas santuni asnaf

Ianya juga untuk melihat permasalahan rakyat secara langsung

GEMAS: Sempena sambutan Aidilfitri, Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring telah menganjurkan program ‘Ziarah Ukhwah Lebaran DUN Gemas’.

Program yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Dr.Hassan Bahrom dan MPKK, telah berkesempatan menziarahi dan menyantuni masyarakat setempat di sekitar Pekan Gemas bermula di Kampung Tiong, Kampung Gemas Indah, Kampung Ladang, Kampung Bangkahulu dan berakhir di KampungĀ  Pasir Besar.

Seramai 70 orang yang terdiri dari golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya menerima Kunjungan Ziarah Ukhwah Lebaran menerima sumbangan pek ‘Ziarah Ukhwah Lebaran’ yang mengandungi kuih raya dan duit raya .

Seramai 70 asnaf menerima sumbangan duit raya dan biskut raya dari Puan Rusnani.

“Program Ziarah Ukhwah Lebaran ini diadakan dengan menyantuni golongan asnaf dari rumah ke rumah yang bertujuan untuk memelihara dan memperkukuhkan silaturrahim di antara pemimpin dan rakyat dalam satu situasi norma baru.

“Walaupun begitu ini tidak bermakna umat islam dan lain-lain kaum khususnya di DUN Gemas tidak boleh meraikan Aidilfitri pada tahun ini, tetapi ikutilah, tepatilah SOP dan perlu menitikberatkan aspek keselamatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pada masa yang sama, keberadaan rombongan delegasi ini juga adalah untuk melihat secara langsung segala keperluan dan masalah yang boleh dibantu untuk memastikan kesejahteraan rakyat yang diziarah” ujar Puan Rusnani selaku Pengarah Program Ziarah Ukhwah Lebaran Dun Gemas.

Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Dr.Hassan Bahrom (kiri) turut serta dalam program Ziarah Ukhwah Lebaran DUN Gemas.

Semoga usaha kecil dan berterusan ini akan dapat terus merealisasikan visi dan misi murni untuk mendekatkan pihak Penyelaras DUN Gemas dengan golongan asnaf demi mengukuhkan ikatan ummah dan muhibbah .

#ZiarahUkhwahLebaran
#DunGemas
#BersihMuafakatSejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button