Berita

Negeri Sembilan risiko dilanda gempa bumi

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan termasuk antara enam negeri yang berisiko dilanda gempa bumi.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan kelestarian Alam, Dato’ Seri Huang Tiong Sii, ia adalah hasil daripada kajian pemetaan sesar aktif yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Peta Seismotektonik Malaysia.

“Kemaskini Peta Bahaya Seismik Malaysia sedang dilaksanakan dengan mengambil kira maklumat terkini seperti kejadian gempa bumi yang melanda baru-baru ini.

“Walaupun gempa bumi di Semenanjung Malaysia umumnya berskala lemah hingga sederhana, risiko tetap wujud terutama di kawasan berhampiran jalur sesar seperti zon sesar Mersing yang dipengaruhi oleh sifat geologi kawasan tersebut.

“Reka bentuk struktur tahan gempa bumi di Malaysia adalah berpandukan Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of Structures for Earthquake Resistance, yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia, sebagai garis panduan utama dalam mitigasi kejuruteraan.

“Kejadian gempa bumi di Segamat dan Batu Pahat adalah satu proses pelarasan semula tenaga tektonik yang terkumpul dalam sesar kuno bagi menstabilkan semula kerak bumi,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button