Insentif Kecemerlangan IPTA/IPTS

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI:

Ijazah: RM1,000 one-off

Diploma: RM750 one-off

Sijil/Matrikulasi: RM500 one-off

Senarai semak dokumen yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibubapa ATAU penjaga
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian JIKA berkenaan
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran
    pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah
  • Pengesahan Bantuan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN disahkan oleh Pengurus Felda.

Syarat-syarat permohonan:

  1. Pemohon adalah Anak Negeri yang menetap di Negeri Sembilan dan hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.

Nota: Borang permohonan boleh didapati di Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penyelaras DUN masing-masing.

Pertanyaan: Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan: 06-765 9936/31 atau 06-765 9784/85

 

Back to top button